Padah sertai skim piramid



KEPALA BATAS - Orang ramai di sekitar daerah ini diminta lebih berhati-hati dengan tawaran menyertai sebuah syarikat jualan langsung kerana ia merupakan satu perangkap untuk menipu mereka melalui wang deposit yang dikenakan sebagai yuran keahlian.
Biarpun baru dua kes dikesan berlaku, namun jika dibiarkan tidak mustahil lebih ramai akan menjadi mangsanya kerana terpengaruh bakal memperoleh wang yang banyak yang ditawarkan melalui skim piramid itu.

Seorang mangsa, Mohd Jais Mohamad, 44, berkata, dia tampil mendedahkan kegiatan itu bagi mengelak orang ramai tertipu selepas kerugian RM1,500 hampir sebulan lalu.

“Saya terpedaya selepas dipujuk rayu menyertai skim berkenaan yang menawarkan ganjaran wang tunai tinggi secara mingguan selepas menyerahkan wang deposit keahlian yang ditetapkan.

“Selepas puas menunggu selama empat minggu, bukan kata wang ganjaran yang dijanjikan gagal diterima malah, dua lelaki yang mengaku wakil syarikat terkenal itu gagal dikesan,” katanya.

Menurutnya, lebih menyulitkan talian telefon bimbit mereka juga gagal dihubungi hingga menyukarkan dia mendapatkan kembali wang deposit yang dilaburkan itu.

Malah kunjungannya ke pejabat syarikat yang dimaksudkan yang terletak di Seberang Jaya itu juga tidak berhasil apabila dimaklumkan bahawa syarikat itu sebenarnya tidak wujud di situ.

Mohd Jais berkata, disebabkan malu dia hanya mendiamkan diri dan tidak membuat laporan polis, tambahan lagi selepas mendapati dokumen yang diberikan lelaki berkenaan sebenarnya palsu.

Menurutnya, modus operandi dua lelaki berkenaan mudah iaitu mendekati orang ramai di sekitar kedai makan dan restoran di sini sebelum berusaha menawarkan mereka cara mudah memperoleh wang.

“Jika mangsa dilihat boleh ‘dimakan’, dua lelaki terbabit akan mula berusaha memujuk menyerahkan wang deposit berkenaan dengan janji bakal menerima wang yang banyak secara mingguan.

“Mereka akan terus berhubung dengan mangsa biarpun memerlukan masa berhari-hari dan selepas berjaya memperoleh wang berkenaan mereka menghilangkan diri,” katanya.

Mohd Jais berkata, biarpun pada peringkat awal menyedari skim yang ditawarkan itu seakan-akan skim labu peram yang diharamkan namun, disebabkan terpengaruh dengan pujukan lelaki berkenaan dia menyertainya.

“Tambahan pula, ketika itu saya sememangnya memerlukan duit yang banyak untuk menjelaskan hutang membuatkan sanggup meminjam daripada kawan untuk menyertai skim berkenaan.

“Kini, saya rugi berganda kerana selain hilang wang yang ada, keselesaan hidup terganggu kerana didesak menjelaskan wang oleh peminjam berkenaan,” katanya.

Mohd Jais mengingatkan orang ramai supaya menolak pelawaan dua lelaki yang berpakaian kemas apabila didekati kerana semua tawaran mereka sebenarnya untuk mengaburi mata bagi memudahkan ditipu.

Rancangan TV Akademi Seks Show Terbuka Di Jepun



Bila dah terlampau maju pelik jijik dan lucah pula jadinya.Akademi Seks Realiti tv ini secara terbuka.Penonton pula semua perempuan.Berebut-rebut untuk memegang lelaki tak berpakaian.Semasa adegan 18Sx ada penonton yang munutup mata..ada yang juga yang mulut terlopong.Pelik bila Jepun terkenal denga sopan boleh luluskan Game show sebegini.


Penonton terpilih akan undi dengan one two som ..sesiapa terpilih dengan rakusnya oral seks disaksikan ramai.Seterusnya hubungan intim atas meja situ juga.


 


Anak Buat Maksiat Pukul Ibu




KULIM - Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.
Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK).

Enam pegawai penguat kuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.
Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.

“Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian,” katanya.
Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka. Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.
Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yang berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.
Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka,” katanya.

7 Sebab Cinta Anda Ditolak Wanita



Apabila sesuatu cinta ditolak terutamanya daripada wanita yang kita sudah lama memendam perasaan adalah satu perkara yang menyakitkan. Mungkin wanita tersebut mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Antara faktor yang menyebabkan wanita menolak cinta lelaki adalah……..

(1) Anda tidak mempunyai aset - Mungkin bukan keseluruhan wanita yang memandang kebendaan tetapi boleh dikatakan sebahagian besar daripadanya lebih mementingkan aset seseorang lelaki itu berbanding perkara lain. Faktor ini menyebabkan mereka akan menolak cinta anda.

(2) Mereka sudah berpunya - Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita sememangnya adalah lebih setia berbanding lelaki. Sekiranya mereka seorang wanita yang baik dan amat menghargai pasangan yang mereka miliki sekarang, sudah pasti mereka akan menolak cinta anda.
(3) Mereka adalah playgirl - Sememangnya matlamat seorang wanita yang playgirl adalah sentiasa untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki. Mereka hanya mendekatkan diri kepada anda hanya untuk tujuan lain (terutamanya mengenai kewangan) dan bukan untuk bercinta. Sekiranya mereka menerima cinta ada sekalipun, ia hanyalah merupakan satu permainan.

(4) Tindakan anda yang salah - Sekiranya pada awal perkenalan telah bermacam-macam perkara yang anda mahukan atau sebagainya, ia sememangnya satu tindakan yang salah. Wanita akan menolak cinta lelaki yang mempunyai sikap sebegini. Anda seharusnya lebih tenang dan tidak terlalu gelojoh.

(5) Masa yang tidak tepat - Mungkin ketika anda berusaha untuk memikat seseorang wanita dan terdapat lelaki lain yang turut melakukan perkara yang sama. Ini akan mewujudkan persaingan. Adalah lebih buruk sekiranya anda mungkin mengambil tindakan yang agak lewat dan akan menyebabkan mereka mungkin akan menolak cinta anda.

(6) Sejarah hitam - Mungkin seseorang wanita itu mempunyai sejarah hitam ketika bersama lelaki lain dan menyukarkan mereka untuk menerima cinta anda. Adalah lebih buruk sekiranya mereka berasa trauma untuk bercinta sekali lagi.
(7) Anda tidak menarik perhatian mereka - Seseorang wanita sememangnya akan lebih mudah tertarik terhadap perwatakan, tingkahlaku atau sikap anda yang tersendiri. Sekiranya mereka menolak cinta anda, mungkin kerana anda tidak berjaya untuk menarik perhatian mereka.

Kesimpulan, sekiranya cinta anda ditolak, jangan berlengah untuk mencari cinta baru..

Gambar Seksi Neelofa Dan Scha Di Gincu Avon


Seorang ratu cantik, model, usahawan dan kini bergelar duta rangkaian kosmetik Avon terbaharu, Neefola kelihatan lebih sempurna dan menawan dengan bibir merah. Wanita yang baru berusia 22 tahun itu mengakui beliau berterima kasih kepada produk rangkaian gincu terbaharu Avon, Ultra Moisture Rich Rose (UMR).


Gincu UMR daripada Avon, boleh didapati dalam 10 warna menawan iaitu blushing bride rose, rosabella rose, amelia rose, passionate kiss rose, jubilee rose, royal celebration rose, apricot nectar rose, french lace rose, anne’s signature red dan amour rose.

Neelofa & Scha menjadi Duta Avon


Neelofa bersama gincu terbaru Avon


Gincu terbaru Avon ada 10 warna menawan
Selain itu, pada Majlis Anugerah Avon tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur, turut diadakan acara pelancaran haruman Avon dengan penuh gimik. Saat majlis berlangsung, lampu tiba-tiba dipadamkan dan hanya bau haruman mengasyikkan memenuhi ruang dewan.

Ia adalah sebahagian daripada kejutan Avon memperkenal wangian terbaharu daripada koleksi Eternal Migic iaitu Eternal Magic Enchanted yang dibawa dengan penuh glamor. Memilih Scha Al Yahya sebagai duta haruman, dia dibawa ke pentas ala puteri dikelilingi pari-pari.

Kemewahan wangian Eternal Magic Enchanted dapat dirasai daripada sentuhan kayuan cashmere, vanila berkrim dan kasturi yang menjadi asas aura misteri wangian itu.

Didatangkan dalam botol kaca unik dengan penutup gelung lutsinar melambangkan kebebasan sejati, Eternal Magic Anchanted akan berada di pasaran mulai Mac 2012 pada harga RM69.00.Sumber

Scha menjadi Duta haruman Avon

Apple Dijangka Lancar iPhone 5 Tidak Lama Lagi

Apple Dijangka Lancar iPhone 5 Tidak Lama Lagi


Pembuat telefon bimbit terbesar dunia, Apple mungkin akan mengeluarkan iPhone 5 pada musim panas tahun ini (April), menurut laporan yang disiarkan di sebuah laman web.

Memetik sumber di Foxconn, yang mengeluarkan iPhone untuk Apple, laman web (9to5mac.com) berkata: “Kami menerima berita dari sumber yang boleh dipercayai di Foxconn di China yakni iPhone 5, seperti yang ia dipanggil pada masa ini, kini sedia untuk pengeluaran. Sumber tersebut menyatakan yang pelbagai alat sampel juga berada di pasaran (ia berbeza sedikit antara satu sama lain), maka mustahil untuk mengetahui yang mana satu adalah muktamad,”.

Menurut laporan itu, Apple iPhone 5 mungkin mempunyai skrin paparan 4 inci dan akan mempunyai bentuk faktor lain (reka bentuk) daripada model sebelumnya (iPhone 4S, 3GS dan lain-lain). Gadget akan datang itu adalah lebih panjang dan lebar, laporan itu menambah.

Walaupun dengan peningkatan Android, Apple tetap berjaya berkembang. Malah, menurut satu kajian, Apple telah berjaya mengembangkan penguasaan pasaran dengan ketara pada tahun lepas untuk menjadi pembuat telefon bimbit terbesar dunia. Pengeluaran iPhone 5 dijangka akan memberikan peningkatan selanjutnya pada penjualan syarikat berkenaan.

Apple iPhone 4S telah dilancarkan di India pada November 2011, sebulan selepas dikeluarkan di Amerika Syarikat. Jadi, jika syarikat itu mengeluarkan iPhone 5 pada bulan April, kita boleh menjangka ia mungkin akan ke India pada bulan Jun.

Wanita Panik Bawa Kenderaan Rempuh Masuk Kedai Superbike

Wanita Panik Bawa Kenderaan Rempuh Masuk Kedai Superbike


KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.
Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.

“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.
“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.
Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.
Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.
Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.

“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.

“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.
Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.
Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.
Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.

Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Di Sepang

Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Di Sepang


SEPANG – Misteri bau busuk yang  menghantui penduduk di apartmen Ristavilla,  Taman Putra Perdana, Sepang terjawab apabila  polis menemui mayat lelaki hampir reput di dalam  salah sebuah unit apartmen di situ Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran  Abdul Rahman berkata, mangsa dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an ditemui mati di  ruang tamu rumahnya dengan kedua-dua belah  tangan diikat dan mulut disumbat dengan kain.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati  mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang  butir pengenalan diri ditemui, sehubungan itu kes  akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun  Kesiksaan.
“Penemuan mayat tersebut ekoran laporan  penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk dari  salah sebuah rumah di apartmen terbabit,  bertindak atas laporan penduduk polis memecah  masuk rumah berkenaan dan menemui mayat  lelaki hampir reput di ruang tamu.

“Polis mengklasifikasikan kes kematian warga  asing tersebut sebagai kes bunuh. Pemeriksaan  mendapati lelaki itu tinggal bersama dua lelaki  warga Nigeria dan seorang wanita warga  tempatan yang telah menghilangkan diri,” katanya  kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, polis kini sedang giat mencari tiga  individu terbabit bagi membantu siasatan dan  kehilangan mereka menimbulkan syak.

Tiga individu terbabit merupakan pelajar kolej  swasta dan dikenali sebagai Ekemezie Elochukwu  Jacob, 31, Kaba N’Famory, 33 dan Mazlina  Kashedeli, 31.

Orang ramai yang mengenali atau menjumpai  individu terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat  Polis Daerah (IPD) Sepang di talian 03-  87774222 untuk membantu siasatan.

Kantoi Yang Paling Kantoi



Aku baru kawin & duduk dgn bini aku bdua. Aku ni ada tabiat suke mkn telo rebus. x tau la nape, sedap agaknye. Sejak aku kawin tabiat tu kurang sket sbb bini aku msak sedap2 tp dh lame gak la aku x pekena telo rbus ni.
So, citernya bulan lps balik dr keje, kete aku rosak, aku cal bini aku n ckp aku balik lmbt sbb kena menapak. Sbb lapar sgt o tw tu, aku singgah kedai mkn. ada telo rebus! apelagi, aku mkn nasi dgn telo rebus lah n order lg wat ratah. Sbelum balik aku bgkus lak, wat mkn smbil bjalan balik. kenyang yg amat, mklumla bls dendam sbb lama xmkn.

Buke je pintu rmh, bini aku ckp "abg, ada 'surprise" smbil sengih2 dia tutup mata aku n ikat ngn kain hitam n pimpin aku ke meja makan. Aku pn duduk, dia siap pesan jgn try2 nk buka ikatan. Aku nk gi toilet sbb perut start buat hal, tp mls nk spoilkan 'surprise' bini. Aku pn tahan je le dulu..

Tetiba fon bini aku berbunyi, dia angkat n gi jauh dr meja. Aku agakla, smp ke dapor dia pegi. Peluang ni, aku pn kentut sbb dh dr td aku tahan.. bau bleh tahan sbb mkn byk telo..ok, lg skali.. aku pn angkt sbelah punggung dan lps lg satu das! PRUTT! bau mmg xhingat, aku pn x tahan.. lama plak bini aku ni, aku x sbr nk tau surprise dia. Aku rase nk kentut lg.. aku bangun, tonggeng dan PROTT!!.. fuhh lega. bau mcm bangkai.. dekat 2,3minit bru bau hilang..

Pstu bini aku dtg & mtk mf sbb lmbt, dia pn jerit 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABG!!' Lupe lak arini bday aku, dia suh aku buka kain pnutup mata, aku buka.. mulut aku terus melopong..

ALAMAK!!! aku tgk merah padam muke bpk n mak mertua aku, adik2 ipar aku, duduk keliling meja mkn. Bos n jiran sblah rmh aku pn ade?! Aku nk cover malu, aku la tanya bpk mertua aku, 'dah lama ke pak smpai?' Slamber je bpk mertua aku jwb '"dah lama, sbelum kentut pertama lagi!!"

11 SISTEM PLANET BARU DI TEMUI



CAPE CANAVERAL 27 Jan. – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemui 11 sistem planet baru, termasuk satu daripadanya memiliki lima planet yang mengelilingi orbit lebih hampir kepada bintangnya berbanding planet Utarid yang mengelilingi matahari.

Saintis Jack Lissauer semalam berkata, penemuan itu meningkatkan senarai planet dalam sistem solar sebanyak 729, termasuk 60 dinamakan sempena peralatan yang mereka gunakan, teleskop angkasa pengesan planet, Kepler.

Teleskop tersebut dilancarkan pada Mac 2009, mampu mengesan kehadiran cahaya kecil, namun dalam jumlah kerdipan tetap daripada sebarang bintang yang melaluinya.
Saintis kemudian boleh menentukan jika perubahan itu disebabkan planet yang melaluinya, berkait dengan apa yang dirakam Kepler.
Kumpulan saintis Kepler turut mempunyai 2,300 lagi ‘calon’ planet menanti untuk disahkan.

Namun, tiada satu pun sistem planet yang baru ditemui sama seperti sistem solar sedia ada, walaupun penemuan Kepler-33, bintang yang lebih besar dan tua daripada matahari, mempunyai banyak persamaan.
Bintang tersebut mempunyai lima planet berbanding lapan yang dimiliki oleh sistem solar kita, namun kesemuanya mengelilingi bintang mereka lebih dekat berbanding Utarid.

Planet tersebut mempunyai ukuran diameter antara 1.5 hingga lima kali saiz bumi. Namun pasukan tersebut belum mengesahkan jika terdapat sebarang kewujudan planet solid seperti Bumi, Marikh, Utarid atau ia dipenuhi gas seperti Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

Pasukan Kepler sebelum ini menemui satu bintang dengan enam planet yang telah disahkan serta sistem kedua yang mempunyai lima planet. – REUTERS

Cara nak hilangkan rasa sedih

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu:


 
 
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

8. Jangan lupa ALLAH.
Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur’an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.
Kongsikan di facebook anda,

Bayi Gigit Kepala Ular



BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.

Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.


“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya,” katanya. – AFP

Rumah dihasilkan dari wang kertas euro


Rumah dihasilkan dari wang kertas euro
DUBLIN - Seorang penganggur warga Ireland mendapat idea baru dan lebih kreatif untuk membina rumahnya dari carikan wang kertas bernilai 1.4 bilion euro (RM5.6 bilion) yang dipinjam dari kilang pencetak wang kebangsaan di negara itu.

Frank Buckley mendakwa dia mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan apartmen kecil di lobi sebuah bangunan pejabat di Dublin dengan hanya menggunakan carikan wang kertas dalam bentuk batu-bata.

“Siapa sangka dinding dan lantai rumah kecil ini bernilai berbilion euro. Saya mahu mencipta sesuatu yang berbeza dan unik,” menurutnya.

Buckley kini sedang menyiapkan projek menambah bahagian dapur untuk melengkapkan apartmen ‘mewahnya’..

Dalam satu kenyataan, dia turut berharap masalah krisis hutang Eropah dapat diselesaikan, tetapi jika gagal Buckley berhasrat menggunakan carikan wang kertas tersebut untuk projek baru pada masa akan datang.

Bilik 1950-an pulihkan pesakit demensia


Bilik 1950-an pulihkan pesakit demensia
BRISTOL - Usaha hospital ini sememangnya patut dipuji, Bristol Royal menjadi rumah sakit pertama di Britain untuk menghasilkan bilik rawatan mudah alih bertemakan hiasan perabot pada era 1950-an yang digunakan untuk merawat pesakit demensia.

Semasa proses rawatan, lagu pada era itu akan turut dimainkan kerana ia dipercayai dapat menghiburkan pesakit selain membantu memulihkan semula ingatan mereka.

Hospital tersebut turut berhasrat untuk menambah bilangan bilik rawatan mudah alih itu dan merancang membina hiasan perabot menggunakan tema 1940-an dan 1960-an.

“Kami akan merekrut lebih ramai sukarelawan untuk sama-sama membantu pesakit mengimbau kembali kenangan mereka pada zaman tersebut,” menurut seorang jurucakap hospital.

Keistimewaan ibadah haji dipamerkan di Britain


Keistimewaan ibadah haji dipamerkan
LONDON - Untuk pertama kalinya, Muzium Britain mengadakan pameran khas mengenai perjalanan ibadah haji, Hajj: Journey at the Heart of Islam sebagai satu pendedahan istimewa terutamanya terhadap golongan bukan Islam.

Kurator pameran, Qaisra Khan berkata, objektif utama pameran itu adalah untuk mendedahkan proses dari awal hingga akhir mengenai ibadah haji di Makkah dan keajaiban Kaabah yang menjadi kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

Ia turut mengetengahkan perjalanan jemaah haji pada zaman dahulu dan persiapan awal orang Islam seperti menyelesaikan hutang, memohon maaf serta membuat wasiat sebelum mereka mengerjakan Rukun Islam Kelima tersebut.

“Pameran ini juga bertujuan untuk menyampaikan mesej keamanan berikutan pergolakan dan keganasan berterusan di beberapa negara rantau Arab telah menyebabkan dunia luar memberi tanggapan buruk terhadap mereka,” menurutnya.

Pameran yang dianjurkan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Raja Abdul Azizdi Riyadh tersebut akan turut akan mempamerkan pelbagai artifak termasuk Al-Quran tertua di dunia dari abad kelapan.

Teguran berakhir kematian


Teguran berakhir kematian
GEORGETOWN – Seorang pelajar kolej maut dikelar dengan pisau pemotong kertas di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Krystal Point, Bayan Baru, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, R Navitharan, 24, bersama teman wanitanya keluar dari sebuah pusat hiburan di situ selepas meraikan hari lahir teman wanitanya itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin berkata, mangsa yang dalam proses latihan amali sebagai chef kemudian bertindak menegur seorang lelaki yang cuba membunyikan enjin kenderaannya dan berlaku pertengkaran selama lima minit antara mereka.

“Pergaduhan dikatakan sudah berlaku sewaktu mangsa dan suspek berada dalam premis berkenaan dan berlarutan sehingga di luar.

“Mangsa kemudiannya didatangi seorang lelaki yang juga rakan suspek dengan menaiki sebuah kenderaan lalu bertindak mengelar mangsa menggunakan senjata tajam sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun, kita sudah mengambil keterangan daripada teman wanita mangsa dan percaya penahanan kedua-dua suspek akan dilakukan dalam tempoh terdekat. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah akibat kesan torehan di bahagian kepala, pergelangan tangan, perut, bahu, badan dan di bahagian belakang sebelum disahkan meninggal dunia dua jam kemudian di sebuah hospital swasta di Bayan Baru kira-kira jam 5.20 pagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, seorang lelaki bernama B Dharma Raj, 23, yang berasal dari Jalan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Selain lelaki itu, pemilik kenderaan jenis Proton Satria bernombor plat ADW 6646 juga diminta tampil membantu polis menyiasat kes bunuh ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat turut diminta bekerjasama bagi memudahkan siasatan dijalankan,” katanya.

Pelacur terkenal jadi pereka fesyen



ZAHIA DEHAR


PARIS - Setahun lalu, seorang pekerja seks Perancis berdarah Maghribi, Zahia Dehar menjadi tajuk utama akhbar apabila dia didakwa dibayar tiga bintang bola sepak Perancis untuk menjalin hubungan seks ketika dia masih di bawah umur.

Pendedahan tersebut nyaris memusnahkan kerjaya tiga bintang bola sepak iaitu Franck Ribery, 28, Karim Benzema, 23, dan Sidney Govou, 31.

Namun, nasib Zahia, 19, jauh lebih baik apabila dia kini bergelar model peragaan dan tidak lagi berkecimpung dalam aktiviti tidak bermoral itu.

Pada Rabu lalu, koleksi pakaian dalam dan musim panas serta bunga ciptaan Zahia diperagakan di pentas Palais Brongniart di sini sempena Minggu Fesyen Couture.

Palais Brongniat merupakan bekas Bursa Saham Paris.
Beberapa model memperagakan fesyen pakaian dalamnya itu di depan sejumlah tetamu.

Pada akhir peragaan itu, Zahia muncul di pentas dengan memakai pakaian dalam yang jarang. - Agensi

Gingrich mahu bina pangkalan di bulan



CALON-CALON Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bertanding bagi mewakili Parti Republikan ialah Rick Santorum (kiri), Newt Gingrich (dua dari kiri) Mitt Romney (tiga dari kiri) dan Ron Paul yang berdiri semasa lagu kebangsaan AS diperdengarkan pada satu acara perdebatan di Jacksonville, Florida kelmarin.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Calon utama pilihan raya Presiden AS daripada Parti Republikan, Newt Gingrich mencetuskan perdebatan dengan mendakwa beliau akan membina sebuah pangkalan di bulan menjelang 2020 jika terpilih sebagai Presiden AS.

Beberapa pakar memandang sinis terhadap idea pemimpin berusia 68 tahun itu dengan menyatakan ia hanya satu jenaka.

Namun, idea beliau bukan sesuatu yang mustahil.
Pada 2006, Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas (NASA) mengumumkan pelan untuk mewujudkan koloni manusia di kutub selatan bulan sekitar tahun 2020 sebagai pangkalan untuk menjelajah sistem solar.

"Saya tidak mahu menjadi negara yang pertama sampai ke bulan tetapi kemudian berpaling seraya berkata, ini tidak penting, biar sahaja China mendominasi angkasa lepas, kita peduli apa?" kata Gingrich kelmarin semasa beliau mempertahankan rancangannya dalam satu debat Parti Republikan.

Selain Gingrich, turut bertanding untuk menjadi calon tunggal Presiden AS pada pilihan raya November depan daripada parti Republikan ialah bekas senator AS, Rick Santorum, bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney dan anggota perwakilan yang mewakili Texas, Ron Paul.

Salah seorang daripada mereka yang menang dalam pemilihan Parti Republikan yang dijangka berakhir sebelum pertengahan tahun ini akan menentang Presiden Barack Obama yang mewakili Parti Demokrat. - Agensi

PBB minta Iran beku program nuklear





DAVOS, Switzerland - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam menggesa Iran supaya membekukan program nuklearnya dan menyambung semula rundingan dengan kuasa Barat.

Ki-moon berkata, keputusan kini terletak di tangan Iran untuk menunjukkan bahawa negara berkenaan berniat baik.

"Tiada alternatif lain bagi menangani krisis ini selain penyelesaian damai menerusi rundingan," kata Ki-moon dalam satu acara sampingan semasa persidangan Forum Ekonomi Dunia di sini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkeras menyatakan bahawa Teheran tidak menolak untuk berunding dan bersedia duduk semeja bersama kuasa dunia terdiri daripada Britain, China, Perancis, Rusia, Amerika Syarikat dan Jerman bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Mahmoud membuat kenyataan itu kelmarin selepas Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan sekatan import minyak dari Iran.
Sekatan itu menyebabkan timbul kebimbangan bahawa harga minyak akan meningkat.

Enam kuasa dunia berkenaan masih menunggu jawapan Teheran berhubung sepucuk surat yang dihantar Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton pada Oktober lalu yang menekankan bahawa rundingan perlu tertumpu kepada 'persoalan utama' isu nuklear Iran.
Sebelum ini, beberapa rundingan yang diadakan setahun lalu di Istanbul, Turki gagal mencapai sebarang kemajuan.

Menurut Ki-moon, beliau amat bimbang berhubung satu laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) baru-baru ini yang mendapati program nuklear Iran melibatkan dimensi ketenteraan. - Agensi

Batu zamrud sudah dipotong terbesar dunia dilelong


REGAN REANEY melihat batu zamrud Teodara di Rumah Lelongan Western Star, Kelowna, British Columbia kelmarin.


KELOWNA, British Columbia - Seketul batu zamrud yang seberat 11.5 kilogram (kg) dan bernama Teodara akan dilelong pada minggu ini.

Batu zamrud yang bersamaan dengan berat 57,500 karat itu ditemui di sebuah lombong di Brazil dan telah dipotong menjadi seperti bentuk buah tembikai di India.
Ia akan dilelong di sini, Kanada pada hari ini.

Batu zamrud tersebut dijangka dilelong di antara AS$2 juta (RM6.07 juta) dan AS$2.5 juta (RM7.59 juta).
Selepas dipotong, ia menjadi milik seorang pemborong Regan Reaney yang membelinya pada 13 Januari lalu.

Sejumlah orang melihat batu zamrud itu semasa ia dipamerkan di Rumah Lelongan Western Star di sini. - Agensi

Bieber temui anak-anak Jackson


JUSTIN BIEBER (kanan) bergambar bersama anak Jackson, Paris (dua dari kanan), Blanket (dua dari kiri) dan Prince Michael di pekarangan Teater Graumen's Chinese di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber menyertai majlis mengabadikan bekas tapak tangan dan kaki Raja Pop, mendiang Michael Jackson (gambar kecil) di pekarangan Teater Graumen's Chinese di sini kelmarin.

Bieber, 18, menyertai anak-anak Jackson, Paris, 13, Prince Michael, 14, dan Blanket, 9, menghadiri majlis itu.

Anak-anak Jackson menggunakan sarung tangan dan kasut bapa mereka pada simen tersebut.
Selain anak-anak Jackson, kaum keluarga penyanyi tersebut termasuk abang penyanyi tersebut, Tito Jackson turut hadir.

Ibu Jackson, Katherine juga hadir.
Antara selebriti lain yang hadir ialah pelakon Chris Tucker, komposer Quincy Jones, ahli muzik, Melanie Fiona. Smokey Robinson.

Bieber turut berucap pada majlis itu selain bergambar dengan keluarga Jackson.
Jackson mati selepas jantungnya gagal berfungsi di rumahnya di sini pada 25 Jun 2009. - Agensi

Isteri Shah Rukh cemburu Prinyka






HANYA menggunakan tiket gelaran ratu cantik dunia yang diperolehinya pada tahun 2000, menjadikan langkah Priyanka Chopra yang juga seorang model cukup mudah untuk menjadi salah seorang aktres terkenal Bollywood.

Tidak hanya menjual rupa paras jelitanya di layar perak tetapi juga bakat lakonannya yang mendapat pujian ramai pengkritik filem.
Lakonannya dalam filem Andaaz yang melayakkan aktres yang kini berusia 30 tahun merangkul anugerah Pelakon Wanita Baharu Terbaik pada Anugerah Filmfare pada tahun 2003.
Seiring dengan kejayaannya sebagai aktres, nama Priyanka juga tidak henti dikaitkan dengan aktor terkenal Bollywood.

Selepas putus cinta dengan aktor, Harman Baweja, Priyanka dikaitkan dengan aktor Akshay Kumar, Shahid Kapoor dan gosip yang sedang hangat diperkatakan di Bollywood kini adalah, skandal cinta antara Priyanka dan aktor terkenal, Shah Rukh Khan.

Priyanka dilihat berada di pejabat aktor itu pada pukul 3 pagi baru-baru ini. Kedua-duanya mengaku berada di pejabat itu. Bagaimanapun, menafikan yang mereka sedang bercinta sebaliknya menjelaskan mereka sedang menjalani latihan selaku pengacara majlis untuk anugerah Zee Cine yang berlangsung pada 21 Januari lalu di Macau.

Priyanka membalas segala spekulasi itu dengan memberi kenyataan di laman sosial Twitter miliknya: "Bosan! phew.. Menggelikan hati. Sebenarnya saya menjadi pengacara buat pertama kali, harap semua latihan yang dilakukan berbaloi."

Imej bersih Shah Rukh Khan sebagai lelaki berkeluarga buat pertama kalinya tercalar. Dia membalas jawapan yang sama di Twitternya dengan menulis: "Menuju ke Macau untuk anugerah Zee Cine. Menjalani latihan dengan Priyanka Chopra, penulis dan penari sebagai persediaan untuk menjadi pengacara majlis. Harap semuanya berjalan dengan lancar."

Meskipun masing-masing telah memberi kenyataan, namun, skandal cinta Shah Rukh Khan bersama Priyanka membuatkan isteri aktor itu, Gauri cemburu dan tidak senang duduk.
Kenyataan terdahulu Priyanka ini mungkin membuatkan Gauri menghembuskan nafas lega.

KEINTIMAN antara Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra telah mencetuskan spekulasi kononnya mereka bercinta.


"Saya rasa cinta datang dengan sendirinya. Perkara berkenaan hati tidak boleh dimanipulasi. Saya sentiasa terbuka apabila bercinta, kerana saya rasa bangga apabila jatuh cinta.
"Bagaimanapun, saya tidak akan mempunyai hubungan cinta dengan lelaki yang telah berkeluarga. Saya percaya pada karma, jika saya bertanggungjawab merosakkan perkahwinan seseorang, perkara yang sama akan berlaku pada saya kemudian hari," ujarnya yang berlakon dalam filem Don dan Don 2 bersama Shah Rukh Khan.

Memiliki kecantikan, populariti dan kekayaan tidak membuatkan Priyanka mudah untuk jatuh cinta, hakikatnya hati wanitanya sukar untuk dimiliki oleh lelaki.
"Saya seorang wanita yang inginkan seseorang yang mampu membuatkan saya percaya tiada apa lagi yang penting selain diri saya di dunia ini. Lelaki itu mestilah seorang yang budiman tidak kiralah jika dia seorang pelakon, doktor atau apa sahaja pekerjaannya.

"Tetapi saya seorang yang sukar untuk jatuh cinta dan saya tidak pernah menggoda lelaki sehinggalah lelaki itu berjaya mencairkan hati saya," katanya.
Enggan berbogel
Sepanjang bergelar aktres, wanita kelahiran Jamshedpur, Jharkand, India, itu telah berlakon sebanyak 43 buah filem. Satu rekod yang cukup cemerlang buatnya, kini dia sedang menjalani penggambaran filem Krrish 3 untuk tayangan 2013.

Berbicara mengenai kerjayanya selaku seorang model dan aktres, jelas Priyanka yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera perisian atau pakar psikologi penjenayah, dia masih berpegang pada prinsip dalam hal mendedahkan tubuh di layar perak.

"Saya tidak kisah untuk bercium dalam filem tetapi saya tidak selesa untuk berbogel. Memang fakta, unsur seks melariskan filem. Saya akan lakukan adegan panas mengikut skrip tetapi masih ada hadnya.
"Melihat perjalanan kerjaya saya, memang diri saya cukup bertuah. Saya tidak akan sesekali menjual jiwa saya untuk mendapatkan watak dalam filem. Jika seorang aktres terpaksa tidur dengan seseorang untuk mendapatkan watak, ia tidak berbaloi langsung," balasnya.

Mengakui masih terdapat penerbit yang mengambil kesempatan terhadap pelakon baharu, kata Priyanka dia banyak memberi nasihat kepada pelakon baharu bagi menggelakkan perkara tidak diingini berlaku.
"Sejak dahulu lagi, saya mengamalkan prinsip, tidak akan berjumpa dengan penerbit atau pihak produksi selepas pukul 8 malam.

"Jika terpaksa juga, saya akan membawa ibu bapa saya bersama. Jika mereka tidak suka cara kerja saya, itu masalah mereka. Saya seorang yang mempunyai prinsip dalam bekerja, saya bukan wanita murahan sebaliknya seorang aktres.

"Setakat hari ini, apabila saya tiba di set penggambaran saya akan memberi fokus seratus peratus dan tiada siapa yang berani mengganggu terutama ketika waktu saya menjalani penggambaran," ulasnya kini sedang hangat dengan filem Agneepath yang mula ditayangkan di pawagam pada 26 Januari lalu.
Terbit album

Tidak hanya berlakon, Priyanka yang sudah lama mengidamkan untuk bergelar seorang penyanyi bakal melancarkan album sulungnya dijangka akan berada pada tahun ini, manakala lagu single pertamanya akan ke udara di corong radio pada musim panas ini.

PRIYANKA tidak akan berbogel di dalam filem. Katanya, dia seorang pelakon bukan wanita murahan.


Album yang memuatkan lagu dalam bahasa Inggeris sepenuhnya itu masih dalam proses pembikinan dan album tersebut dirakamkan di Los Angeles pada tahun lalu.
Sungguhpun begitu terdapat kebimbangan di hati aktres ini terhadap kerjaya baharunya itu.
"Saya menulis lirik dalam album sulung saya dan saya bimbang privasi diri saya akan hilang kerana semua lirik itu ditulis berdasarkan pengalaman saya.

"Sebahagian lagu telah siap dirakamkan. Saya berharap semuanya berjalan lancar, saya telah berusaha keras untuk album ini," katanya yang berkongsi pengurus dengan penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga.
Menjadi penyanyi tidak semudah disangka meskipun Priyanka sering menyanyi secara miming dalam setiap filem lakonan.

"Ya, saya mengambil kelas vokal. Saya bergelar seorang pelakon selama 10 tahun dan kini apabila menjadi penyanyi saya perlu bermula daripada bawah. Banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menyanyi dengan baik," luahnya.
Priyanka tidak ada sebarang perancangan untuk menyumbangkan suara di dalam filem lakonannya kerana sibuk dengan album yang akan dipasarkan di peringkat antarabangsa itu.

Cara Orang Miskin US Dikebumikan

HOMEWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 30 mayat yang merupakan orang paling miskin kerana tidak mempunyai wang untuk membiayai kos pengebumian sendiri telah dikebumikan dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens. Tiada seorang pun rakan atau saudara si mati yang datang untuk menyaksikan pengebumian itu. Situasi ekonomi yang sukar di AS menyebabkan terdapat peningkatan pengebumian orang yang amat miskin termasuk di Chicago dan di kawasan sekitarnya. - AFP


Sapu Bersih RM388 000 Dalam ATM Tanpa Dipecah & Dikesan

 

KUALA LUMPUR: Dengan kepakaran dimiliki, dua penjenayah menyapu bersih wang tunai berjumlah RM388,000 dalam mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Taman Connaught, Cheras, di sini, tanpa meninggalkan kesan rompakan.
Kedua-dua penjenayah licik yang memakai seragam pekerja syarikat kawalan keselamatan untuk mengelirukan orang ramai di stesen minyak itu dipercayai memiliki kemahiran tinggi yang membolehkan mereka memecahkan kod rahsia untuk menyelongkar mesin ATM berkenaan.


Kelicikan dan kepakaran mereka menyebabkan kehilangan wang tunai di mesin ATM itu hanya disedari jam 2.30 petang kelmarin dan pemeriksaan pada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati rompakan dipercayai dilakukan pada 4 Januari lalu.




Sumber polis berkata, kejadian disedari selepas petugas syarikat kawalan keselamatan memeriksa mesin ATM berkenaan sebelum memaklumkannya kepada pihak bank dan laporan kehilangan wang dibuat di Balai Polis Cheras.

“Petugas syarikat kawalan keselamatan berkenaan terkejut apabila mendapati semua wang di dalam mesin ATM itu hilang sedangkan tiada sedikitpun kesan pecah atau rosak. Mereka kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak bank.

“Selepas rakaman CCTV di tempat kejadian diperiksa, didapati pada jam 5.30 petang, 4 Januari lalu, dua lelaki memakai pakaian seragam seakan-akan pekerja syarikat kawalan keselamatan membuka mesin ATM itu dan melarikan wang,” katanya.

APPLE kembali atasi SAMSUNG



BANGKOK 27 Jan. – Apple Inc. (Apple) telah berjaya merampas semula kedudukan sebagai peneraju pasaran telefon pintar daripada Samsung Electronics Co. (Samsung), demikian menurut kajian sebuah firma baru-baru ini.

Kejayaan itu adalah hasil pengenalan model terbaharunya iaitu iPhone 4S yang melonjakkan jualan telefon pintarnya kepada 37 juta buah pada suku keempat tahun lalu.
Samsung yang tidak mengeluarkan jumlah jualan telefon pintarnya, melaporkan kejatuhan sebanyak 30 peratus pada suku berkenaan berbanding suku sama tahun lalu.

Strategy Analytics Inc. mendakwa jualan telefon pintar syarikat Korea berkenaan adalah 36.5 juta buah.
Berdasarkan rekod itu Apple mengusai 23.9 peratus pasaran telefon pintar dunia dan berjaya memintas Samsung yang menguasai 23.5 peratus pada suku keempat tahun lalu.

Bagaimanapun Samsung yang menguasai jualan pada suku ketiga, kekal sebagai peneraju untuk keseluruhan tahun 2011 dengan jangkaan jualan 97.4 juta buah manakala Apple hanya 93 juta buah.
Sementara itu, Nokia Corp. (Nokia) menduduki tempat ketiga dengan jualan 19.6 juta buah pada suku keempat dan 77.3 juta buah pada keseluruhan tahun lalu.

Pasaran telefon pintar dunia secara keseluruhannya pada suku keempat meningkat 55 peratus manakala bagi keseluruhan tahun meningkat 11 peratus kepada 488.5 juta.

Asteroid Saiz Bas Hampir Jatuh Ke Bumi

Asteroid Saiz Bas Hampir Jatuh Ke Bumi

WASHINGTON – Asteroid bersaiz sebuah bas hampir jatuh ke bumi hari ini di mana pakar bidang itu menyifatkan perkembangan terbabit tidak menimbulkan sebarang kebimbangan.


Pengarah bersekutu Pusat Planet Kecil yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Gareth Williams, berkata asteroid yang dinamakan 2012 BX34 itu berukuran pada diameter enam dan 19 meter. – AFP

Doa Bertemu Jodoh Untuk Kaum Wanita


Doa Bertemu Jodoh Untuk Kaum Wanita

Pernah dengar istilah anak dara tua (andartu), anak dara lanjut usia (andalusia), janda berhias dan sebagainya?
Sebenarnya penulis dan ramai pihak tidak begitu gemar hendak melabelkan seseorang wanita yang tidak berkahwin itu dengan pelbagai gelaran sedemikian.
Namun di sebalik pelbagai gelaran itu, kita kena terima hakikat, memang jumlah wanita yang belum berkahwin cukup ramai ketika ini

Ada pendapat mengatakan, antara punca wanita tidak berkahwin bukanlah kerana mereka lebih selesa hidup bersendirian daripada menanggung risiko dalam perkahwinan tetapi disebabkan tidak ramai lelaki yang layak dijadikan suami.
Sudahnya, suami orang juga yang diintai, lebih-lebih lagi suami misali, kerana mereka tentunya memikat hati banyak wanita.

Malah ada tinjaun menunjukkan, fenomena pelajar perempuan menguasai institut pengajian tinggi (IPT) dewasa ini telah mewujudkan semakin ramai golongan wanita yang enggan berkahwin.
Penulis difahamkan, yang merisaukan ramai wanita andartu ialah, masa berlalu, tetapi mereka tetap tidak mempunyai calon yang sesuai dan memahami diri mereka, dalam masa yang sama mereka juga takut untuk tangkap muat, bimbang kalau menyesal di kemudian hari.

Bagi Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Anisah Abdul Ghani , dalam menghadapi tekanan hidup, apatah lagi ke atas golongan tanpa suami, maka menjaga hubungan dengan Allah adalah amat-amat diperlukan.
Ini kerana golongan sebegini sering dilempar dengan pelbagai tohmahan yang sudah pastinya menyentap dan mengguris hati kecil seorang wanita.

Ditambah pula dengan lemparan gelaran dan jolokan seperti ‘janda berhias’, ‘janda meletup’ ‘andartu’ dan ‘andalusia’ seperti yang disebutkan di awal tadi.
Padahal sepatutnya, golongan ibu tunggal harus dibela kebajikan dan dijaga sensitiviti mereka.
Besar kemungkinan juga, segelintir wanita yang tidak berkahwin itu bukannya memilih, jauh sekali menafikan sunnah Nabi.

Tetapi semua itu adalah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui.
Sayangnya, itulah realiti masyarakat kita yang sesuka hati melabelkan seseorang itu tanpa meletakkan diri mereka ditempat si pulan itu.
Hakikatnya, lelucon yang berlebihan dan sindiran yang menyakitkan itu memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi individu yang dimaksudkan itu.
Tambah memburukkan keadaan apabila ada segelintir mengaitkan golongan sebegini dengan perlakuan maksiat dan tidak bermoral.

Meskipun tidak dinafikan ada kes sedemikian, namun punca utamanya bukanlah disebabkan oleh status mereka itu.
Lantaran itu, selagi individu yang terpaksa memikul bebanan atas tuduhan yang tidak berasas ini berpegang dengan pendirian setiap sesuatu itu adalah dengan kehendak-Nya, kata Anisah, mungkin tekanan ini dapat dikurangkan atau dijadikan penawar atau sebagai pemujuk hati.
Ermmm…menarik juga apa yang dikatakan pensyarah ini.

Apapun, alang-alang kita menyentuh bab ini, penulis ada terjumpa sepotong doa dalam laman web Darussyifa khusus untuk kaum wanita (seperti di atas)  yang mengharapkan jodoh atau dipertemukan insan yang soleh sebagai teman hidup mereka.

Darussyifa ini merupakan satu pusat perubatan cara Islam yang cukup terkenal di negara ini yang diterajui oleh Datuk Dr. Haron Din.
Mana tahu dengan mengamalkan doa ini, akan dimakbulkan harapan dan seterusnya bertemu dengan jejaka idaman yang diidamkan, InsyaAllah

Harimau Bintang Baham Wanita Hamil

Harimau Bintang Baham Wanita Hamil

GUWAHATI – Dua orang, termasuk seorang wanita hamil cedera parah selepas dibaham seekor harimau bintang semalam, serangan ketiga seumpamanya dalam masa beberapa minggu.
Dalam kejadian terbaru itu, haiwan liar berkenaan dikatakan sesat dan berkeliaran di Guwahati, bandar terbesar di negeri Assam, India.

Harimau bintang itu mencetuskan panik apabila berkeliaran di kawasan berpenduduk padat di bandar berkenaan, tempat dia membaham seorang lekaki berusia 20 tahun dan seorang wanita hamil.
Suami wanita terbabit, Abid Ali berkata, isterinya kehilangan banyak darah dan pengsan.
“Dia cedera parah di belakang kepala,” kata lelaki itu.

Seorang lagi mangsa, Moziz Haq berkata, dia juga cedera di kepala.
“Ia seolah-olah mengetuk dan menampar dan saya rebah ke tanah dengan darah memercik pada seluruh tubuh,” kata Moziz kepada wartawan ketika ditemui di hospital.
Haiwan berkenaan kemudian ditembak menggunakan ubat pelali oleh pegawai hutan sebelum dihantar ke zoo di bandar itu.

Ia adalah serangan ketiga membabitkan harimau bintang di Guwahati bulan ini.
Dalam kejadian ngeri yang dirakam menerusi kamera, tiga orang cedera dan seorang mati apabila dibaham oleh seekor harimau bintang pada 7 Januari lalu.

Tiga lagi penduduk cedera dalam serangan berasingan minggu lalu.
Beribu-ribu penduduk India menjadi mangsa serangan haiwan liar setiap tahun, membabitkan gajah, harimau, harimau bintang dan ular.

Aktivis pemuliharaan alam sekitar berkata, semakin banyak haiwan liar memasuki bandar kerana perkembangan kawasan bandar dan industri menyebabkan habitat mereka semakin kecil. – AFP

Kisah Benar Akibat Dedah Aurat Di Facebook



Kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook… dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat…


selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook… malangnya tiada siapa…… yang mengetahui password facebooknya… jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum….


dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!
*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna…. kita tak tahu bila kita akan mati… jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya….
Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi…ameen…Al-Fatihah


So…ambilah la iktibar korang-korang semua yea….jangan sesekali mendedahkan aurat anda di dalam facebook.. 

Share untuk semua kawan-kawan korang terutama perempuan

Angry Birds Bakal Dilancarkan Pada Platform Facebook Pada 14 Februari



Setelah dilancarkan pada platform Google Chrome, kini Rovio terus memperluaskan platform yang disokong dengan permainan Angry Birds, dimana Rovio dilaporkan bakal melancarkan Angry Birds di Facebook pada 14 Februari kelak, dan menariknya pelancarannya akan diadakan di Jakarta, Indonesia, salah satu negara dengan pengguna Facebook paling ramai di dunia.

Jadi, apakah perbezaan yang bakal dibawakan pada platform Facebook? Pertama sekali, ianya akan mengintegrasikan fungsi sosial sepenuhnya, dimana melalui Angry Birds pada Facebook, ia bakal menyertakan sistem kedudukan berdasarkan mata, membolehkan anda bersaing antara satu sama lain rakan-rakan anda.

Pada masa yang sama, ianya juga akan membolehkan para pemain membeli kuasa tambahan atau burung-burung khas pada harga serendah $0.99, serta sekaligus memudahkan anda menyelesaikan sesuatu fasa permainan itu dengan pantas.

Angry Birds pada Facebook juga bakal membawakan kualiti grafik dan animasi yang tinggi, serta didatangkan dengan sokongan untuk dimainkan pada skrin penuh. Sama-sama kita nantikan tarikh 14 Februari kelak untuk pelancaran Angry Birds di platform Facebook.

Pengguna MegaUpload Bercadang Ingin Menyaman Pihak FBI



Berita mengenai laman perkongsian fail terus kedengaran sepanjang minggu ini, dimana terkini, ia diperkatakan yang mana pengguna MegaUpload bercadang untuk menyaman pihak berkuasa, iaiu FBI, kerana menyebabkan mereka kerugian dan kehilangan pelbagai data penting yang disimpan padanya.


Untuk makluman, walaupun MegaUpload sering diperkatakan sebagai penyumbang terbesar kepada pengedaran cetak rompak, perkhidmatan mereka juga turut digunakan oleh ribuan pengguna dalam menyimpan fail-fail dan juga dokumen, untuk dikongsikan bersama rakan sekerja dan sebagainya.


Pada hari ini, emel masih lagi menawarkan ruangan penghantaran fail bersama yang amat terhad, dan pengguna lebih gemar menggunakan perkhidmatan pihak ketiga ketika menghantar fail bersama-sama dan salah satu perkhidmatan popular adalah MegaUpload.


Pada masa yang sama, ratusan ribu pengguna juga turut membayar untuk perkhidmatan tambahan yang ditawarkan oleh MegaUpload. Namun, dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat memadam terus MegaUpload daripada arena internet tanpa sebarang notis awal, ianya menjadi tanda tanya berkenaan adakah fail-fail yang disimpan akan didapatkan kembali ataupun sebaliknya.


Usaha kini dilakukan oleh salah satu pihak bebas, mengumpul pelbagai aduan berkenaan dengan penutupan perkhidmatan ini, dan bagi mereka yang ingin turut sama mengadu, boleh ke laman khas yang disediakan.


Namun, persoalan utamanya sekarang, adakah perkhidmatan tersebut dapat dikembalikan semula ataupun akan terus berkubur untuk selamanya?

Zizan Rajak Lawak Tolak Tawaran Kerja RM18,000 Untuk Bersama Ustaz Azhar Idrus

424178 282493935138444 259034834151021 706975 209309430 n Zizan Rajak Lawak Tolak Tawaran Kerja RM18,000 Untuk Bersama Ustaz Azhar Idrus. 

Korang ingat tak masa ampang tahun baru 2012 Zizan Raja Lawak dalam majlis agama di Shah Alam baru baru ini masih menjadi perbualan sesetengah pihak . Kami juga nak kongsi ada beberapa kisah menarik disebaliknya.

Kami dimaklumkan bahawa Zizan Raja Lawak telah menolak tawaran untuk menjadi pengacara sesebuah majlis yang waktu dan masanya sama dengan majlis agama bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan dikatakan menolak tawaran kerja RM 18, 000 semata-mata untuk menyambut ambang tahun baru bersama Ustaz Azhar Idrus.

Kalau korang nak tahu, kami respek betul dengan Zizan , sanggup menolak demi berjuang demi islam dan bukan ringgit. Ini kerana Zizan hanya ditawarkan 1,000 ringgit sahaja oleh Penganjur Program Soal Jawab UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

kredit : syoklah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http://3.bp.blogspot.com/-jOmmqMrQBeA/T3l3MUcmGfI/AAAAAAAABSg/6QtLRoh6zwo/s320/yyyy.PNG